Monday, February 28, 2011

113 sebab mengapa kita sebagai MUSLIMAH mesti menutup aurat..:)



1. Menjalankan syi’ar Islam.

2. Berniat untuk ibadah.

3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.

4. Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezeki, melindungi, dan menolong saya.

5. Karena saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya,pembimbing ummat dengan risalah beliau

6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).

7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.

8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung ituwajib.

9. Agar kaum wanita menutup auratnya.

10. Bukan kerana untuk bergaya. (tabarruj)

11. Bukan kerana mengikut trend.

12. Bukan kerana berlagak seperti suci.

13. Lebih baik kelihatan seperti suci daripada seperti zalim

14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.

15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.

16.Bertudung sesuai untuk semua wanita yang mahu menjaga dirinya dari objek nafsu semata.

17. Saya ingin menjadi wanita solehah.

18. Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.

19. Tudung adalah pakaian taqwa.

20. Bertudung adalah identiti wanita muslimah.

21. Dimulai dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalanke syurga.

22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.

23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah.

24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.

25. Mereka merupakan panutan seluruh muslimah, begitu juga saya.

26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannahyang sama seperti mereka.

27. Untuk meninggikan izzah Islam.

28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).

29. Bertudung lebih melindungi diri.

30. Membuat saya lebih merasa aman.

31. Menjaga diri dari gangguan lelaki.

32. Menjaga diri dari objek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.

33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.

34. Menjaga diri dari mata lelaki yang melilau-lilau.

35. Menjaga diri dari tangan-tangan yang ingin menjamah.

36. Menghindari zina mata dan zina hati.

37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.

38. Menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.

39. Menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.

40. Membuat saya lebih bersahaja.

41. Membuat saya lebih khusyu’.

42. Menjauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).

43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.

44. Mendekatkan saya pada Allah.

45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.

46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.

47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.

48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.

49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.

50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.

51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.

52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.

53. Bertudung bukan sesuatu yang kuno.

54. Mengatakan bertudung itu kuno bererti telah mempersoalkan hukum-hukum Allah.

55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih mengetahui apa yang terbaik bagi ummat-Nya.

56. Bertudung, bererti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.

57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.

58. Membezakan diri dari penganut agama lain.

59. Memudahkan dalam pengidentifikasian sesama saudari seiman.

60. Memperkuat tali silaturahim dan ukuwah sesama muslimah.

61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.

62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.

63. Membuat saya lebih terlihat anggun.

64. Membuat saya terlihat menyenangkan.

65. Membuat saya lebih kelihatan seperti wanita.

66. Tidak kelihatan seperti laki-laki.

67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.

68. Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.

69. Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.

70. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.

71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh. :)

72. Jodoh merupakan urusan Allah.

73. Dengan ketaatan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.

74. Memudahkan saya dalam beraktifitas.

75. Membuat lebih mudah bergerak.

76. Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh

77. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini(yang ketat).

78. Saya tidak suka memakai seluar jeans.

79. Seluar jeans yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim kerana suhu di sekitar rahim tidak beraturan.

80. Menghemat waktu dalam berpakaian.

81. Menghemat waktu dalam berhias.

82. Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend mode yang berkembang.

83. Mengawal kewangan untuk membeli pakaian yang sedang trend.

84. Mengawal kewangan untuk membeli make up.

85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.

86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.

87. Meminimakan penyakit kanser kulit.

88. Sengatan matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.

89. Meminimakan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertentu.

90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.

91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah rosak dan mengakibatkan kebotakan.

92. Menuntun saya untuk hidup lebih sederhana.

93. Menghindari hidup yang konsumtif.

94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.

95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain mode dan perhiasan.

96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.

97. Lebih mudah dalam menabung.

98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.

99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.

100. Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari

101. Meneladani Siti Maryam, Ibunda Nabi Isa AS

102. Menuruti perintah Nabi Isa AS & para Nabi terdahulu. Berdasar ayat:

11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak BERTUDUNG, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
11:6 Sebab jika perempuan tidak mau MENUDUNGI KEPALANYA, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH ia menudungi kepalanya.

11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.

11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.
11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki.

11:10 Sebab itu, perempuan HARUS MEMAKAI tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.

11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.
11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.

11:13 Pertimbangkanlah sendiri: PATUTKAH PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA YG TIDAK BERTUDUNG?

103. Memurnikan ajaran yg telah hilang dari ummat terdahulu
104. Melaksanakan perintah dalam al-Qur'an, Taurat, Zabur (Mazmur) & Injil

105. Membuktikan jika ummat lain telah menghilangkan ajaran para Nabi terdahulu

106. Melindungi diri dari api neraka

107. Menjaga kesucian jiwa orang lain

108. Mengingatkan orang lain pada perintah ALLAH

109. Mengikuti Jalan, Hidup & Kebenaran yg diajarkan oleh Nabi Isa AS

110. Sampai kepada ALLAH melalui jalan Nabi Isa AS yg telah dihilangkan oleh ummat terdahulu & dimurnikan kembali oleh ALLAH dalam Qur'an melalui Rasulullah Muhammad SAW

111. Lebih berharga jika tertutup rapat dibanding dibuka percuma/free

112. Tabungan dapat digunakan untuk jalan ALLAH

113. Memberi contoh baik bagi anak & sekitar

p/s :antara sebab2 mengapa kita sebagai muslimah mesti menutup aurat..sesungguhnya sebab2 ini bukanlah sengaja untuk menyusahkan para muslimah tetapi mahu memuliakan kedudukan wanita sebagai hamba ALLAH S.W.T. di muka bumi ini..^_^




Sunday, February 13, 2011

Couple Islamic..:)


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

sumber :Hamba ALLAH..

Friday, February 11, 2011

Encik Iman VS Encik Dosa..


ASSALAMUALAIKUM
SALAM UKHWAH

Iman: Assalamualaikum, bos.

Diri: Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman: Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri: Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman: Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS dan TV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri: Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman: Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat   malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri: Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman:Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri: Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah  dengan saya kembali.

Iman: Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi,Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami.. Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri: Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua 
             saya jaga, Encik Iman.

Iman: Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri: Janganlah menyalahkan saya.

Iman: Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah..  bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja.Mereka meminggirkan kami.

Diri: Dah awak tak melawan?

Iman: Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan  kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri: Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman: Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan 
perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri: Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman: Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan
ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri: Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman: (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami  berkhidmat dengan Tuan  kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di  sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri: Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD,majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman: Tuan betul-betul sanggup?

Diri: Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman: Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri: Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman: Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri: Terima kasih Encik Iman.

~SEGALANYA BERMULA DI SINI~