Monday, November 21, 2011

Ya ALLAH, sesungguhnya aku rindu padaMU

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua .. :)

source here

Ya Aziz.
Jika Cinta adalah ketertawanan
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu
Agar tidak ada lagi yang dapat
Menawanku selain Engkau

Ya Rohim.
Jika cinta adalah pengorbanan
Tumbuhkan niat dari semua pengorbananku
Semata-mata tulus untuk-Mu
Agar aku Ikhlas menerima apapun keputusan-Mu

Ya Robbii.
Jika rindu adalah rasa sakit
Yang tidak menemukan muaranya
Penuhilah rasa sakitku
Dengan rindu kepada-Mu
Dan jadikan Kematianku sebagai
Muara pertemuanku dengan-Mu

Ya Robbii.
Jika sayang adalah sesuatu yang mempesona
Ikatlah aku dengan pesona-Mu
Agar damai senantiasa Kurasakan
Saat terucap syukurku atas nikmat dari-Mu

Ya Allah.
Jika kasih adalah kebahagiaan
Yang tiada bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan dalam hidupku
Di saat kupersembahkan sesuatu untuk-Mu

Ya Allah.
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta
Jika aku tak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu

Ya Ar-Rahman.
Dunia yang Engkau bentangkan begitu luas
Bagai belantara yang tak dapat kutembus
Di malam yang gelap gulita
Agar tidak tersesat dalam menapakinya

Ya Ar-Rahim
Berikan alas kaki buat hamba agar jalan yang kutapaki terasa nikmat
Meski penuh dengan bebatuan runcing & duri yang tajam
Hamba sadar semua ini milik-Mu dan suatu saat
Jika Kau kehendaki semuanya akan kembali jua kepada-Mu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.

credit to Pak Tua :)

Lama menyepi :)

Assalamualaikum dan apa khabar sahabat2 semua .. :)

Alhamdulillah, Ana masih lagi diberi kesempatan utk mengupdate blog. setelah hampir 2 bulan menyepi, barulah pada malam ini berkesempatan .. bukan tiada masa cuma mood untuk berblogging dan membuat entry baru tiada.. asif ya buat sahabat2 yang menunggu entry baru dari Ana .. insyaALLAH esok ,Ana akan memgupdate dan menceritakan tentang kehidupan Ana selama tempoh penyepian ini . :)

p/s :salam rindu buat sahabat2 semua ^^

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat lagi bersama-sama merayakan hari yang mulia ini..pertama kali PT ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca-pembaca blog Pencinta Tinta ini dan kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini..walaupun kita berkenalan hanyalah di alam maya ,namun tautan ukhuwah yang berlandaskan Islam tidak akan menjadi masalah dalam menyimpul ikatan persahabatan ini..Berkenalan tidak semestinya perlu mengenal wajah tapi hati yang ikhlas,,itu yang penting.. :)

Sahabat ,,berakhirnya ramadhan kali ini tidak bermakna berakhirnya solat kita ,berakhirnya qiam kita ,berakhirnya puasa kita ,berakhirnya bacaan Al-Quran kita dan berakhirnya segala ibadat kita..Biarkan ramadhan berlalu pergi tapi yang penting hari2 yang kita lalui sentiasalah beristiqamah dalam beribadah..sama-sama kita muhasabah diri moga tarbiahnya sentiasa di hati..

Ana melihat Ramadhan pergi dan digantikan pulak dengan syawal yang mulia tanda kemenangan umat islam..Lalu hati ini tertanya apakah diri ini akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang ?? YA ALLAH ,,ak mohon dipanjangkan umurku ..Ak masih lagi ingin mengejar RamadhanMU ,masih lagi mahu mengejar ganjaranMU..

Sahabat,, maafkan Ana andai ada keterlanjuran bicara ,dan mungkin ada bicaraku yang menjadi dosa namun janganlah kita bersengketa kerana kita adalah saudara seagama..salam aidilfitri buat para kekasih ALLAH yang tercinta..Ana hanyalah musafir kelana diatas dunia..semoga persahabatan kita akan berkekalan selamanya..insyaALLAH dengan iringan doa kepada ALLAH Yang Maha Esa..



)  *.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
S A L A M A I D I L F I T R I M O H O N M A A F Z A H I R D A N B A T I N
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:。✿*゚゚・✿..:**.:


Wednesday, August 10, 2011

Aku tinggalkan dia demi ALLAH



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai adam,,
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai Adam,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,

ameeeen..

Saturday, August 6, 2011

Bunga Idaman..layakkah ak ??


Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.
Aku menghampiri bunga itu.
Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.
Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.
Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.
Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.
Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.
Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.
Aku mula bermonolog..
Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.

Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam
..INSYAALLAH ,,ameen 

Thursday, July 21, 2011

Lelaki dan Wanita Solehah


Hanya ingin share dengan sahabat2..artikel ini diambil dr satu blog.. semoga kita mendapat manfaat :)

“Saya nak yang soleh”

Ya, secara peribadi dan pertama kali saya akui secara terbuka, saya pun mendamba seorang yang soleh. Lumrah keinginan seorang wanita. Tanyalah sesiapa pun wanita muslimah, pasti kriteria pertama yang diimpikan adalah seseorang yang dapat membimbingnya ke jalan Allah sebagai pendorong dia melakukan kebaikan atau dengan bahasa mudahnya seorang yang soleh. Seseorang yang dapat mengetuai sebuah ikatan dengan pegangan yang terarah kepada Ilahi. Dari sudut lain pula, soleh juga didamba oleh bakal-bakal ibu yang sedang mengandungkan zuriatnya, pasti menginginkan lahir anaknya itu sebagai seorang yang soleh. Atau tanya kepada makcik-makcik yang sedang mencari calon menantu, pasti juga berkeinginan mencari menantu yang soleh. Yang menjamin kebahagiaan anak perempuannya. Lumrah keinginan. Sehingga soleh itu dilihat sebagai kriteria utama dalam senarai pilihan hati.

Berbalik kepada kisah asal tentang pilihan hati seorang muslimah. Kenyataan ukht itu buatkan saya termenung sebentar. Dari suatu sudut saya bersetuju dengan keinginannya tentang pilihan hati yang diimpikannya iaitu seorang yang soleh, namun dari sudut yang lain saya berbeza pendapat dengan kenyataannya yang mengatakan bahawa seseorang yang soleh sebagai penyelamat diri dan peluangnya menjadi yang solehah akan datang setelah itu. Kenyataan ini buatkan saya tercari-cari di mana kekuatan dirinya sebagai seorang musimah. Adakah seratus peratus bergantung harap kepada pilihan yang soleh? Kenapa perlu menjadi seorang yang solehah setelah mendapat yang soleh?

Hmm…

Ibarat Ferrari..

Kalau diizinkan, boleh saya andaikan situasi ini ibarat kita mendamba sebuah kereta yang canggih, yang pasti terjamin kehebatannya beraksi di jalan. Kepantasannya bergerak mengalahkan kereta di litar Formula One. Rupanya hebat dan cantik, ibarat Ferrari..sesiapa yang melihat pasti teruja. Sehinggalah satu hari, dengan izin Allah kita berjaya memiliki kereta itu. Bermulalah episod kehidupan kita dengan kereta yang kita impikan. Pandulah kita menuju ke suatu destinasi yang jelas hendak dituju. Semangat yang luar biasa mula terbit apabila memandu kereta yang hebat sehingga terdetik di hati, perjalanan yang bakal di lalui pasti lancar dek kerana hebatnya kereta yang dinaiki. Namun, tanpa di duga, kita tersekat di perjalanan kerana kurang cekap dalam memandu. Tidak sehebat pemandu ternama seperti Michael Schumacher dalam memandu Ferrari. Setelah diteliti, bukan hanya masalah ilmu pemanduan yang kurang, malah jalan yang kita lalui juga tidak tahu ke mana arahnya. Cuma hanya jelas destinasinya sahaja tapi bukan jalannya. Lihatlah, walau sehebat manapun pilihan hati kita itu, namun, sekiranya diri kita sendiri yang tidak tahu dan tidak mahu berusaha menjadi yang terbaik sebagai seorang yang mengenderai kenderaan yang hebat, pasti pengembaraan kita menuju ke suatu destinasi kita tersekat-sekat di jalanan. Adakah silap kenderaan itu atau diri sendiri sebagai orang yang tidak tahu selok belok dalam memandu?

Merenung ke dalam diri…

Begitulah ibarat kita sebagai seorang muslimah yang inginkan pilihan yang soleh. Datangkan lah seseorang yang soleh setakat mana sekalipun, andai diri sendiri tidak diberi peluang melengkapkan diri dan berusaha menjadi solehah, pasti kita akan kecundang dalam menuju ke arah matlamat sebenar walaupun kita tahu ke mana kita hendak tuju. Kerana ukuran soleh dan solehah itu hanya terbit dari diri dan impian kita menjadi solehah setelah mendapat yang soleh ibarat kita mendamba sesuatu yang tidak pasti. Mana mungkin orang lain mampu menjadikan kita solehah melainkan dengan keizinan Allah setelah melihat usaha kita yang bersungguh-sungguh berusaha ke arah yang lebih baik. 
Bukankah benar firman Allah:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”~an-Nuur;26
Persoalan yang timbul..Bagaimana pula dengan perempuan yang kurang baik..adakah peluang dia mendapat yang soleh?

Ada. Tetapi dengan syarat dia sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Tugas seorang hamba ke atas dirinya hanya membaiki dirinya sendiri tanpa terlalu memikirkan pengakhiran samada mendapat yang soleh ataupun sebaliknya. Kerana Allah tidak akan menzalimi orang yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Allah yang menciptakan, mana mungkin dia memusnahkan melainkan kita sendiri yang menuju ke arah kebinasaan dan hakikatnya kita tidaklah perlu menjadi sehebat Schumacher dalam memandu Ferrari tapi berusahalah untuk belajar selok belok pemanduan serta tahu arah mana yang kita tujui.

‘jadilah..’ bukan ‘carilah…’

Oleh itu, sebelum kita mencari yang soleh, jadilah diri kita dahulu sebagai seorang yang solehah. Ya..bukan senang menjadi solehah dan bukan sehari dua usahanya, sudah ingin melihat hasil. Tidak. Malah mungkin memakan masa bertahun-tahun. Proses mendidik hati bukan mudah seperti menenun kain yang indah, tapi perlukan kesabaran dan mujahadah. Perlengkapkan diri dengan segala amalan mahmudah, agar diri kita terarah. Namun, ada lagi persoalan timbul, bagaimana pula kalau kita tidak sempat menjadi solehah, tiba-tiba muncul seorang yang soleh datang melamar, adakah harus kita menolak sedangkan diri belum lagi mencapai title solehah?

Jawapan saya, ya terimalah. Tapi teruskan usaha menjadi isteri yang solehah. Jangan berharap pada yang lain dalam usaha kita menjadi muslimah solehah, tapi bergantunglah pada diri dan berharaplah pada Ilahi dan bukannya pada manusia yang pada dasarnya dia sendiri belum pasti di mana destinasi pengakhirannya walaupun dia seorang yang soleh. Jangan mendamba yang soleh kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah menjadikan diri sebagai seorang yang solehah. Seseorang yang soleh yang kita impikan ini bukanlah matlamat utama kita, tapi sebagai alat menuju akhirat yang berkat. Semoga dengannya kita terus bersemangat mencari kebaikan sebagai bekal di sana. InsyaAllah.


Saya pun nak yang soleh…jom sama-sama berusaha menjadi solehah…
InsyaAllah..Aminnn=)

Saturday, July 16, 2011

Luahan Hati Adam..



Ya-Allah...
Aku hanyalah hamba-Mu yang hina
Penuh kesilapan dan dosa
Keaibanku jika tersingkap sungguh aku malu bertemu manusia
Namun aku cuba juga memartabatkan agamamu di mana sahaja aku berada
Walaupun aku seringkali menjadi fitnah kembali buat agamaMu yang mulia

Lalu aku malu untuk mengidam teman seperjuangan hidup seperti Fatimah RA
Kerana aku amatlah jauh daripada secebis sifatnya Ali RA
Malu aku untuk memohon kekasih hidup seperti Aisyah RA
Kerana akhlak RasulMu jauh sekali dibandingkan diriku seorang hamba

Namun tetap kuyakin janjiMu cuma
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik tentu pastinya
Namun ungkapan itu bukan retorika semata
Kutahu ia perlu dibuktikan secara nyata

Oleh itu Ya-Allah
Jadikanlah aku pria yang mencintaiMu melebihi segalanya
Jadikan aku hamba yang sentiasa mencari daripadaMu keampunan dan redha
Jangan biarkan aku melupakanMu walau sedetik cuma
Tingkatkan keimanan dan ketakwaanku kepadaMu
Ampunkanlah segala dosa-dosaku
Berilah daku peluang memperbaiki diriku sebelum nyawaku kau ambil
  
Biar siapapun yang bakal menjadi teman hidupku
Ya Rabb
Aku berharap cuma dia adalah seorang yang juga berusaha mencintaiMU sepenuh hatinya
Agar andai aku kau takdirkan tergelincir
Peringatan dan nasihatnya mengembalikan kami ke landasanMu yang lurus
Sungguh aku benar-benar hina dan tidak mampu berharap lebih
Melainkan seseorang yang mencintaiMu melebihi sesiapapun di atas dunia ini

Kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini Ya-Rabb...

Friday, June 10, 2011

Telah ku Pilih JalanMU..


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.