Tuesday, March 29, 2011

Kau kata aku berkata-kata


Kata Demi kata
Kau berkata-kata..
Aku dengarkan saja..

Kata dengan kata-kata lagi
kau berkata
Tiada Henti,
Aku,
biarkan saja..
Biarkan saja Kau berkata-kata..

Kenapa Diam saja?
Kau bertanya..

Iya, aku bagi kau berkata-kata,
katakan saja semuanya..
aku menjawab saja.

Kau Nak kata apa-apa?
Kau bertanyakan aku..

Jawab aku..

Aku cuma nak kata,
Jangan suka mengata-ngata,
Jangan lepas bebas berkata-kata,
Lidah itu lembut pada sifatnya,
Takut-takut apa yang dikata-kata,
Apa yang di cerca Nista,
adalah untuk diri sendiri.

Iya kita-kita,
yang selalu terlalai alpa,
Selalu juga terlupa
untuk memberikan kata-kata,
terlupa untuk mengata
diri yang entah-entah sudah nyanyuk lupa..

Jadi kau anggap aku terlupa?
Kau tanyakan aku..

aku tidak anggap,
tetapi,
kau yang menganggap orang lain terlupa..
itu saja..

kau diam.
Aku berjalan meninggalkanmu,
kerana bagi aku,
kata-kata yang tiada isinya,
ibarat tin kosong,
Diterjah angin
bergolek ke sana sini..

Ya
untuk apa saja kata-kata yang tiada indahnya..
membuang masa,menambah dosa..
  
Selamat tinggal kata-kata..



Monday, March 14, 2011

Bicara Hati Hawa..


YA ALLAH,,
aku ingin jadi pelangi yg penuh rona warna,,indah dan ceria..
ak tak mahu menjadi pelangi yg suram,,muncul tp x memberi sinar..
ak ingin jadi pelangi yg dinantikan kedatangannya oleh sang2 manusia,,
yg menjadi idaman para mujahid Allah..

YA ALLAH,,
tika hadirnya rasa cinta dalam hatiku ini untuk hamba yg tidak halal bagiku..,
maka ,hilangkanlah rasa yg singgah dalam hatiku ini..
gantikanlah rasa ini dengan kecintaan kepada Mu,,keluargaku ,dan sahabat2 ku..

YA ALLAH,,
ak percaya kepada janji2 mu bahawa lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik2,,
dan perempuan yg baik adalah untuk laki2 yg baik..
andai diriku bukan yg terbaek,,
maka berikanlah padaku insan yg selayaknya untuk menjadi pendampingku..
supaya ak bisa berusaha untuk menjadi yg terbaek disisinya kelak..

YA ALLAH,,
hadirnya cinta ini adalah tidak ku undang,,
hadirnya rasa sayang dalam hatiku ini tidak juga ku pinta
ak juga manusia seperti yg lain..
ingin disayangi dan menyayangi dr insan yg bernama lelaki
namun aku jua tahu ,
rasa cinta ini tidak akan kemana tnpa keredhaan dariMU..

YA ALLAH,,
ketika rasa cinta ini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui ,
saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk yang Maha Pencipta ,,
izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
mungkinkah dengan redhaMU atau hanya akan mengundang murkaMU..

YA ALLAH,,
andai dia ditakdirkan untukku
seperti apa yg telah tertulis di Luh MahfuzMU
semaikanlah rasa cintanya kepadaku
agar aku juga bisa merasai rasa cinta itu
yang mana hanya MU,, satu2nya Yang Maha Mengetahui
akan apa yg tersirat di hati hamba-hambaMU..

YA ALLAH,,
sekiranya dirinya tidak ditakdirkan untukku ,
maka peliharalah hatiku dari segala rasa yg akan singgah di hati ini..
tenggelamkanlah hatiku dari mengingatinya,,
dan bebaskanlah memoriku tentang dirinya..
hanya padaMU aku memohon..
bahwasanya
Engkaulah sebaik-baik pemakbul doa
Ameen ameen ya rabbal alamin..


Sunday, March 6, 2011

˙·٠•●♥ Sebuah Kenangan Lalu ♥●•٠·˙


Matanya berkaca-kaca.Aku tahu disebalik tirai purdah itu,air mata membasahi segenap penjuru pipi.Jika tiada ada kekuatan iman di dada ia mungkin telah memilih sirna dari dunia.Ujian yang ia alaminya sangat berbeza dengan orang-orang seusianya.Banyak yang memandangnya berjaya.Mempunyai pekerjaan terhormat yang boleh dibanggakan sebagai pensyarah disebuah universiti terkenal di ibu kota.

Sekilas memandangnya,pasti orang akan mengatakan umurnya seusia belasan tahun.Dengan perwatakan yang lemah lembut.Tapi setiap kali aku bertembung dengannya,pasti hati aku berdegup kencang.Dapat dirasai seluruh badan getarannya,matanya kebiruan yang berkaca-kaca meluluhkan hati mana-mana yang memandangnya.Bahkan aku pernah terdengar,wanita-wanita lain memuji akan kecantikannya.

Bukan itu saja,di sebalik tirai purdah itu ia seorang ahli muzik yang aku puji.Pergerakannya tidak pernah terbatas dengan pakaiannya islamnya.Berjubah,bertudung labuh dan berpurdah.Bagi wanita seusia dengannya,nyaris tidak ada yang kurang pada dirinya.Sudah beberapa kali ia mendengar pujian tentang kejayaannya.Hanya ia seorang yang tahu,yang pada hakikatnya,ia sangat menderita.

Satu perkara yang selalu ditangisinya setiap malam.Setiap kali bermunajat ,ia berdoa agar dipertemukan akan tuan empunya rusuk kirinya itu.Dulu banyak mutiara yang datang padanya tetapi ditolak kerana masih belum bersedia, dan kini mutiara-mutiara itu tidak lagi datang disaat ia bersedia.Kalau pun ada seolah-olah sudah tidak lagi tersedia untuknya.Hanya bebatuan dan sampah yang kini banyak datang dan membuat batinnya sangat menderita.

Matanya berkaca-kaca, sedar preastasi sejati tidaklah semata-mata preastasi akedemik.Ketika ia sedar dan ingin mencari pendamping hidup yang baik.Baik bagi dirinya dan juga bagi anak-anaknya nanti.Ketika ia sedar dan ingin menjadi muslimah seutuhnya.Ketika ia menyedari, semua yang ia temui kini adalah jalan curam yng dalam yang menguji kesabarannya.Umurnya sudah tidak muda lagi.Teman-teman seusianya ada yang punyai zuriat.Bahkan pelajar-pelajar di bawah bimbingannya sudah ramai yang berkahwin.Sudah tidak terhitung berapa banyak ia menghadiri majlis perkahwinan teman dan pelajarnya.Dan ia hanya mampu menangis kerana iri menyaksikan teman-teman berjaya menyempurnakan sebahagian agamanya.

Hari ini dia kembali diuji lagi.Suatu petang ,disaat sesat perasaanku dengan hidup kehidupan yang dicari.Berjalan-jalan sambil menguis pasir pada gigi air.Sang anak-anak bersorak bermain ombak,sambil diperhati oleh ibu bapa mereka.Terdengar sayup-sayup seruang yang keluar dari saruling.Betapa mendunya,suara itu bagaikan memanggil diriku.Bagai ada satu tangan yang memegang erat tanganku berjalan menyelusuri sang angin.Semakin jauh aku berjalan semakin jelas kedengaran tiupan itu.

Terkelu lidah.Fana pandangan.Luluh hati ini.Tiupan itu datang dari seorang wanita,berpakaian baju blaus putih sampai paras lutut dan bertudung separuh labuh.Bagaikan bidadari yang diutuskan turun kebumi, pasti sesiapa yang melihatnya akan jatuh hati.Ahhhh…aku kunci perasaan ini…

Bermulalah detik-detik selepas pertemuan itu.Ukhwah antara kami sangat utuh,dan tidak ada yang bisa memisahkannya.Satu kelebihan yang amat aku kagumi,dia bisa bermain dengan semua jenis alat muzik.Dengan minat yang begitu mendalam aku terhadap seruling,membuatkan aku tertambat dengan nya.Boleh dikatakan setiap petang cuti hujung minggu, kami habiskan masa dipantai ditemani keluarganya.Pernah satu petang,disaat matahari mahu pulang kerumahnya.Dia seru sang seruling berdendangkan lagu Maher Zain,Awaken.Ahh…berderai air mata ku jatuh.Tak tertahan sebaknya didada untuk diluahkan.Sang angin dan ombak bagaikan mengalunkan irama tersebut.Terkunci mulut aku dari berkata-kata.Selesai lagu tersebut, dia berpaling dan bangun lalu pergi.Entah kenapa lagu itu dia dengdangkan untuk aku.

Pernah satu masa,dia memberitahu aku yang dia nak berubah.Tapi dia mengeluh,entah apa yang dia fikirkan aku pun tidak ketahui.Tapi dari perasaanya,aku tahu ia mencari seoarang yang boleh membimbingnya.Aku bisa membantunya untuk mencari seorang pembimbing untuknya.Banyak yang dia luahkan dan meminta pandangan.Aku sedar,dia benar-benar mahu berubah.Sebelum ia beragkat pulang ke tempat kerja di ibu negara,kami bertemu sekali lagi.
Pada hamparan pasir pantai,berlagukan suara sang ombak menghempas pantai.Dia meluahkan isi hatinya pada aku.Ahhh…begitu tinggi matlamatnya.Aku bukan insan yang sempurna untuknya,lagi pun aku masih belum bersedia untuk berumahtangga.Lantaran itu dengan lantas dia menjawab,dia sanggup tanggung perbelanjaan perkahwinan itu.Berbagai alasan aku kemukakan,jawapan dan penyelasainya pasti ada baginya.Aku buntu..terakhir aku menjawab.Jika benar engkau mencintaiku sepenuh hatimu,berjumpahlah bondaku dan luahkanlah isi hatimu yang dikau benar-benar mahukan aku menjadi suamimu.Terus dia tersenyum,lalu kami beredar.

Keesokan harinya,aku tidak sempat menghantar dia ke airport.Tapi masih lagi sempat untuk aku menghantarnya dengan panggilan telefon.Panggilan telefon aku disambut dengan suara tangisan,sendu rasanya hati, hiba rasanya jiwa.Sempat dalam tangisan itu dia berbicara yang dia benar-benar mahu berubah dan menunai janji yang dikotakan.Hubungan kami putus selepas sampainya di ibu kota.Panggilan tidak dijawabnya dan pesanan ringkas tidak berbalas.

Berbulan-bulan sepi,tanpa ada sebarang berita sekali pun.Pada malam hari raya aidilfitri 2010,aku menerima pesanan ringkas darinya.Perkataan itu cukup ringkas “ saya mahu kotakan janji itu ”.Petang hari raya itu aku bersama teman-teman berkunjung kerumahnya diatas dasar persahabatan.Alangkah terkejutnya aku,dia benar-benar berubah.Berjubah,bertudung labuh dan berpurdah itulah impiannya.Sempat dia memperkenalkan aku dan teman-teman akan keluarga dan ayah bondanya.Sebelum pulang,sempat aku menjempunya untuk datang kerumah aku pada esok harinya kerana mengadakan jamuan rumah terbuka.

Riuh rendah dengan suara-suara hilai tawa kedengaran.Kerana hari inilah tempat bersatunya sebuah ikatan yang masing-masing lupa satu masa dulu.Berbagai-bagai cerita dan jenaka dapat dilihat, jauh disudut hati ini,perasaan aku tidak bersama-sama teman-teman saat ini.Orang yang aku nantikan tidak ku lihat kelibatnya lagi.Waktu kemuncak semakin ramai teman-teman yang hadir,pelbagai-bagai kerenah dapat disaksikan dan berlarutan sehingga waktu asar.Dalam kesibukan melayan teman-teman,aku terasa ada seseorang sedang memerhatiku.Bila aku memandang wajahnya,aku tahu disebalik tirai purdah itu dia senyum padaku.Aku bawanya berjumpa dengan keluarga dan bonda tercinta.Dalam keasyikan bercerita dan bertanya khabar tiba-tiba terpancut keluar dari mulutnya perkataan yang aneh.Aku tahu hajatnya,dia begitu bersungguh-sungguh dengan perasaannya.Aku cuba mententeramkan segala-galanya,cuba mengalih topik yang dibicaranya sehinggakan dia sempat memandangku dengan pandangan yang tajam.Dia sedar aku cuba mengelaknya lagi,dari itu dia terus diam.

“ Maafkan aku teman.Sepuluh jari aku susun,dari hujung rambut sampai hujung kaki aku pinta ampun.Sekarang baru aku sedar yang kata-katamu bukan satu pembohongan,kini aku yang berdusta dengan diriku.Aku kalah dalam pertaruhan.Aku mati dalam kelemasan.Bukan aku tidak sudi, aku tidak bisa mampu tinggalkan ibu aku lagi saat ini.Aku tahu dikau mampu menjadi isteri yang solehah jika kita di ijab kabulkan nanti.Tapi aku,belum tentu menjadi suami yang soleh buatmu dan anak yang taat pada ibunya bila kita berkahwin nanti.Ini hari yang terindah buat kita, dan aku bukanlah sebaik insan yang dikau kenali ”, luahku padanya.

“ kenangan yang terindah mengenalimu.Demi masa, waktu dan ketika.Dikaulah orang pertama yang membuka jalan yang terbaik untuk aku.Dari kamulah aku mengerti hidup ini dan kerana kamulah aku mampu berpakaian sebegini.Aku sedar,aku bukan wanita yang selayaknya untuk kamu.Aku hanyalah bangkai besi yang perlu dibaiki.Sungguh indah detik-detik proses baik pulih itu.Pada tempat yang perlu ditempa,dia menggunakan api untuk menempaku.Pada tempat yang perlu diketuk,dia menggunakan penukul untuk mengetukku.Pada tempat yang perlu digilap,dia menggunakan autosol untuk menggilapku.Pada bahagian debu-debu yang sedikit,dia menggunakan kata-kata yang lembut untuk menyapu debu itu.Cukup sempurna bagiku ”,luahnya padaku.

“ Allah mentakdirkan untuk bertemu dan bersama-sama sebagai pembimbing.Tapi Allah tidak mentakdirkan kamu untuk aku.Pertemuan kita diatas detik ukhwah,jalinan silaturrahim.Kita yang melakarnya tapi pada ketentuannya kita bukan ditakdirkan untuk bersama.Bukan salah kita bersama,tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya.Seandainya dikau membenci diriku satu hari nanti, aku redha.Tapi janganlah dikau kembali pada masa silam itu,sesungguhnya membuatkan aku derita selama-lamanya ”,aku cuba mententerankan seupaya mampu.

“ Alhamdulliah…Sungguh indah pertemuan yang Allah aturkan untuk kita.Aku berjanji,saat ini.Seandainya ada manusia yang datang untuk merisik aku,aku tidak akan menolaknya lagi.Dan seandainya aku berstatus seorang isteri orang nanti,maafkan aku untuk selama-lamanya.Kerana seburuk mana pun suami aku,dialah yang paling aku cintai.Dan dialah sehabat sejati yang tiada ada galang ganti ”.


 Raut wajahnya jelas kelihatan kesedihan yang teramat sangat.Aku biarkan ia membisu, menahan keedihan itu.Aku tidak snggup melukai hatinya,jauh dari sudut hatiku untuk melukakan hatinya.Kerana aku seperasaan dengannya.Tapi sebagai anak lelaki yang paling bongsu,aku ada tanggunjawab lagi besar untuk ibu.Aku tidak salahkan dia.Kerana tidak sanggup menunggu aku, lagipun pada usianya selayaknya ia mengejar perkahwinan itu.

Bermula saat itulah,aku berjanji dengan diri sendiri.UntukMu cinta yang belum aku ketahui,pada wanita yang bergelar isteriku nanti,suara sang seruling cinta itu pertama kali akan ku dendangkan untukMu wanita.Di pantai itu juga, kita akan melakar potret cinta kita.Hanya untukMu wanita yang bergelar isteriKu nanti.

CREDIT TO AIR MATA PERINDU