Kata Demi kata
Kau berkata-kata..
Aku dengarkan saja..
Kata dengan kata-kata lagi
kau berkata
Tiada Henti,
Aku,
biarkan saja..
Biarkan saja Kau berkata-kata..
Kenapa Diam saja?
Kau bertanya..
Iya, aku bagi kau berkata-kata,
katakan saja semuanya..
aku menjawab saja.
Kau Nak kata apa-apa?
Kau bertanyakan aku..
Jawab aku..
Aku cuma nak kata,
Jangan suka mengata-ngata,
Jangan lepas bebas berkata-kata,
Lidah itu lembut pada sifatnya,
Takut-takut apa yang dikata-kata,
Apa yang di cerca Nista,
adalah untuk diri sendiri.
Iya kita-kita,
yang selalu terlalai alpa,
Selalu juga terlupa
untuk memberikan kata-kata,
terlupa untuk mengata
diri yang entah-entah sudah nyanyuk lupa..
Jadi kau anggap aku terlupa?
Kau tanyakan aku..
aku tidak anggap,
tetapi,
kau yang menganggap orang lain terlupa..
itu saja..
kau diam.
Aku berjalan meninggalkanmu,
kerana bagi aku,
kata-kata yang tiada isinya,
ibarat tin kosong,
Diterjah angin
bergolek ke sana sini..
Ya
untuk apa saja kata-kata yang tiada indahnya..
membuang masa,menambah dosa..
Selamat tinggal kata-kata..
No comments:
Post a Comment