post nie ana dapat dari fb seorang sahabat ini..
masyaALLAH,,ana tertarik dengan karyanya..
sedikit sebanyak membuat ana termalu dengan sendiri..
masih adakah org yg sebegini di luar sana..
yg meletakkan ALLAH sebagai cinta utamanya..
“Ana sukakan anta,” perlahan Ain mengatur kata. Pipinya sudah mula merona kemerahan.
“Mm...maaf. Ana tak dapat terima cinta anti. Ana rasa umur kita sekarang masih terlalu awal untuk soal percintaan macam ni. Kita baru tingkatan 5. Masih jauh perjalanan hidup ini..lagipun sekarang ni bulan ramadhan…ini bulan yang mulia…jangan cemarkan dengan perbuatan yang ditega islam…maaf andai ana terkasar bahasa,” ujar Luqman.
“Bukan,ana yang patut minta maaf.Salah ana. Ana tak sepatutnya luahkan perkara tersebut pada seorang lelaki. Ana terlalu mengikut perasaan. Maaf,” terketar-ketar mulut Ain mengatur kata. Pipinya makin merona kemerahan. Makin menebal rasa segannya kepada Luqman. Ain tidak tahu apa yang merasuknya sehingga dia tega merendahkan maruahnya meluahkan perasaan pada seorang yang bernama lelaki.
“Dan..ana sukakan orang lain,” ujar Luqman lagi perlahan.
“Orang lain?,” Tanya Ain lantas didongakkan kepala memandang Luqman.
“Um...dia gadis yang sopan dan solehah. Farah Nadiah dari 5B. Dialah gadis yang ana harapkan menjadi peneman diri ini suatu hari nanti. Ana akan tetap menunggu dia sehingga suatu saat ALLAH s.w.t menjadikan dia takdir ana,” terang Luqman.
“Ana doakan cinta anta akan bertemu kebahagiaan, assalamualaikum,” ujar Ain lantas langkah diatur meninggalkan Luqman.
“Waalaikumsalam,” balas Luqman perlahan.
“Ya ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosaku, ampunkan daku di atas kekhilafanku, ampunkan daku kerana sudah terlalu jauh terpesong. Ya ALLAH,sesungguhnya daku hanya insan yang lemah,yang mudah tewas dek hasutan nafsu. Ya ALLAH, kehadirannya mengetuk pintu hatiku,keteguhan imannya merantai jiwaku, nur di wajahnya memberi ketenangan kepadaku, namun, tanpaku sedar ,ibadahku tidak lagi seperti dahulu, sujudku tidak lagi sekhusyuk dahulu.. Ya Allah, ramadhan ini membawa seribu erti bagiku…memberi seribu pengajaran bagi menyedarkanku.. ampunkanlah aku ya Allah…ampunkanlah…,” rintih Ain di dalam sujudnya. Keindahan dunia telah membuatnya alpa namun dia bersyukur kerana dia pantas tersedar dan bertaubat.
LUQMAN HAKIM. Satu nama yang membuatkan hatinya berdegup kencang. Ketua pengawas dan pelajar contoh di sekolahnya. Sejak pertama kali melihat Luqman,dia terpegun. Pertama kali berbual dengannya membuatkan Ain terpaku dek kesopanan pada tutur katanya. Namun nama itu juga yang meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya kini. Nama insan yang membuatkannya tersedar dari hasutan nafsu. Lantas, ditanamkan tekad dalam dirinya, bahawa ilmu lah yang utama kini. Tanpa sedar, di dalam sujud Ain menangis.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
5 tahun kemudian...
“Nurul Ain Binti Mohd Firdaus!Bila nak siap ni?,” jerit Nisa dari tingkat bawah rumah sewa mereka.
“Kejap!Ain nak siap dah ni!,” sahut Ain dari atas pula.
“Haisy..lambatnya akak sorang ni..tu lah,semalam tidur lewat lagi..kan dah lambat bangun.. lain kali kalau dah tahu ada kelas,tidurlah awal sikit..” bebel Nisa lagi.
“Nisa ni kuat membebel la...nanti cepat tua tau...” seloroh Ain sambil memaut bahu sahabatnya seraya tersenyum.
“Ain ni,buat lawak pulak dia..” ujar Nisa pula lantas tersenyum melihat telatah Ain. Sudah terlalu masak dengan perangai sahabatnya itu. Mereka sudah berkenalan lama. Sejak dari kursus diploma lagi sehingga sekarang mereka menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam Kursus Perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia. Sepanjang tempoh persahabatannya dengan Ain, Nisa kagum dengan peribadi sahabatnya itu.
Ain seorang gadis yang istimewa. Perhatiannya hanya tertumpu kepada ilmu dan ibadahnya. Tidak pernah sekali pun dia menyebut tentang soal cinta. Bila dikeutarakan soal tersebut, pantas sahaja Ain menukar topik. Bukan sahabatnya itu tidak cantik, bahkan dalam masa seminggu sahaja sudah tiga surat cinta sahabatnya terima.
Siapa yang tidak terpikat jika melihat sahabatnya. Wajah Nurul Ain mampu membuatkan sesiapa yang melihatnya merasa tenang. Senyumannya mampu membuat sesiapa yang memandang terpaku. Dan kelembutan dalam tutur katanya juga mampu membuatkan yang mendengarnya terpesona. Pernah dikeutarakan soal cinta tersebut kepada Ain tetapi sahabatnya itu hanya tersenyum dan berkata, “Cinta apa lagi yang Ain perlukan selain cinta Allah s.w.t?Ain bahagia hidup dalam cintanya kerana cintanya adalah cinta yang abadi dan hakiki..”Terpaku Nisa mendengarnya.Sejak itu,soal itu tidak pernah dikeutarakan lagi.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Lambatnya Nisa ni..kata pukul 2,sekarang dah pukul 3 dah...,”gerutu hati kecil Ain. Nisa yang berjanji untuk menemaninya ke pesta buku yang berlansung di PWTC masih tidak kelihatan. Lantas dihamburkan keluhan kecil sambil langkahnya dihayun menuju ke dalam kawasan perkarangan PWTC.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Eh,macam kenal je dia tu?” kata Faizal.
Luqman memaling kepalanya untuk melihat siapa yang dimaksudkan sahabatnya tersebut. Terpaku Luqman bila melihat kelibat yang dimaksudkan.
“Nurul Ain?, ”bisik hati kecil Luqman apabila melihat gadis yang sedang membelek sebuah buku di gerai berhampiran. Gadis itu kelihatan sangat manis sekali di dalam baju kurung merah dan bertudung merah jambu.
“Haha,betullah tu Nurul Ain! Jum kita pergi sapa dia!” ujar Faizal lagi. Luqman mengangguk perlahan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assalamualaikum,”ujar Faizal dan Luqman.
“Waalaikumsalam,” balas Ain sambil kepalanya didongakkan bagi melihat siapa yang memberi salam sejahtera tersebut. Bagai hendak luruh jantung Ain apabila melihat gerangan yang memberi salam kepadanya.
“Anti Nurul Ain kan? Ex-student SM Islam Al-Amin Gombak kan?” soal Faizal lagi. Ain mengangguk perlahan.
“Told u so!Haha,anti tak kenal ana? Ana Faizal and this is Luqman. Ur ex-classmate,”ujar Faizal keriangan.
“Ana ingat,”balas Ain perlahan lantas tersenyum. Setelah berbual untuk seketika Ain meminta izin untuk mengundur diri kerana ada urusan yang belum diselesaikan.
“Em..Ain,keberatan tak kalau anti bagi nombor telefon anti kat ana? Mana tahu ada hal ke..”ujar Faizal . Luqman hanya diam di sisi.
“Emm...ana tak pakai telefon bimbit..maaf,ana pergi dulu,”ujar Ain pula lantas meninggalkan mereka tergesa-gesa.
“Eh,pelik je ana tengok Ain tu...macam tak suka je jumpa kita..,”rungut Faizal perlahan.
“Tak baik kita bersangka buruk dengan orang,dahlah jum kita pergi makan..perut ana ni pun dah berkeroncong siap nyanyi lagu westlife dah ni..”ujar Luqman,.
“Astaghfirullah.. betul cakap anta...tak baik bersangka buruk dengan orang..haha..lagu westlife?bukan dulu kata tak minat ke?ok,la,ur the boss sebab anta yang kena belanja..,”balas Faizal dengan tawa yang masih bersisa.
“kalau nak ana belanja boleh,alamatnye makan kedai mamak la....,” ujar Luqman .
“Mamak pun mamakla....”
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
‘Ya Allah,macam mana boleh terjumpa dia kat sana tadi...,’ujar Ain di dalam hati. Sesampai di perkarangan rumah teres dua tingkat yang disewanya bersama Nisa sejak 2 tahun yang lepas,dia lansung berlari masuk ke dalam rumah lalu mengambil wudhuk bagi menunaikan solat fardhu asar. Seusai solat,Ain berdoa,
“Ya Allah,apa yang perlu aku lakukan.Sudah sekian lama aku cuba melupakan peristiwa dulu namun pertemuan pada hari ini memusnahkan usahaku selama ini. Aku tahu ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian yang telah berlaku.Namun aku sebagai hambamu yang kerdil dan hina tidak mampu mentafsir aturanmu ini. Luqman. Insan yang pernah mengetuk pintu hatiku namun dia jugalah insan yang menyedarkanku dari terus terleka dibuai perasaan yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada diriku..Cinta Luqman hanya untuk Farah Nadiah. Apabila berjumpa dengannya tadi,pelbagai persoalan hadir kebenakku. Sekarang dia menyambung pengajiannya di mana?Mengambil kursus atau bidang apa?Masih ingatkah lagi dia padaku? Apakah Farah Nadiah sudah menjadi surinya?Namun,sesampai sahaja pada persoalan itu,aku tak mampu meneruskan lagi. Hatiku merintih. Namun kutabahkan hatiku dan memberitahunya supaya sabar. Aku ingin sekali melihat wajahnya tadi namun pantas kuingatkan pada diriku bahawa tidak molek bagi seorang wanita muslimah memandang pada seorang lelaki dan prinsip itulah yang kupegang sejak sekian lama..Esok ramadhan akan bermula kembali…ramadhan yang sentiasa ku nantikan untukku bermuhasabah diri….peristiwa dulu yang berlaku di bulan ramadhan itu amat meninggalkan kesan pada diriku…sejak itu itu ku cuba memerdekakan perasaanku ini dari terus dihambat perasaan yang melalaikan itu… namun mengapa pada hari ini kau takdirkan untuk ku bertemu dengannya,ya Allah… Ya Allah, bantulah aku memahami aturanMu ini …”rintih Ain. Keletihan memaksa,lalu Ain tertidur di atas tikar sembahyang.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Luqman tidak dapat melelapkan matanya. Pertemuan pada pagi tadi masih terngiang-ngiang di matanya. Lantas dia terkenangkan peristiwa dulu dimana Ain meluahkan perasaan kepadanya. Sungguh,dia tidak selesa apabila seorang gadis tanpa segan-silu meluahkan perasaan kepada lelaki. Dimana letaknya maruah gadis tersebut.Lantas dibangkitkan soal Farah Nadiah agar gadis tersebut berputus asa. Namun,pertemuan pada pagi tadi membuatkannya terpaku. Tidak pernah dia menyangka gadis yang bernama Ain itu akan tumbuh menjadi seorang muslimah yang sopan pekerti.Apabila berhadapan dengannya dan Faizal,gadis itu hanya memandang ke bawah dan tidak mendongak kepalanya walau sedikit pun,betapa gadis tu cuba bagi menjaga pandangannya sebagai seorang muslimah. Tutur katanya sopan diatur dan tertib. Apabila gadis tersebut mengukir senyuman,sugguh,dia terpaku pada keindahan Allah s.w.t tersebut yang menciptakan sesuatu yang begitu indah. Dia sendiri keliru dengan hatinya kini. Apakah ini hanya hasutan syaitan ataupun kata hatinya.
“Ah...lupakanlah...permainan hati bukan bidang kuasa ku,”keluh Luqman lantas menuju ke arah bilik air untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat tahajud yang merupakan rutinnya pada setiap malam.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assalamualaikum,”ujar Pn.Anim dan En.Firdaus.
“Waalaikumsalam..umi!,”ujar Ain terkejut.Lantas langkah laju diatur menuju kearah pagar rumah untuk membuka kunci.
“Kenapa umi tak cakap nak datang?”Soal Ain sambil mencium tangan kedua insan yang dihormatinya tersebut.
“Abah kamu ni,nak buat surprise la kononnye..,”ujar Pn.Anim sambil menjeling kearah suaminya.
“Eh,kita pulak yang kena?,”ujar En. Firdaus lagi sambil tersenyum.
“Jemput masuk umi,abah,”ujar Ain sambil mengiringi orang tuanya masuk ke dalam rumah. Lantas,dijemput kedua orang tuanya duduk di atas sofa.
“Haha,yang penting umi dengan abah dah ada kat sini,terubat jugak rindu Ain,”ujar Ain dengan tawa yang masih bersisa.
“Amboi dah besar panjang pun nak manja-manja lagi?”soal En.Firdaus.
“Mestilah,walau sampai Ain dah ada anak pun Ain nak manja lagi dengan umi ngan abah,”ujar Ain sambil tersenyum.En.Firdaus dan Pn.Anim hanya tersenyum melihat gelagat puteri tunggal mereka. Ain lah satu-satunya pengarang jantung mereka. Lantas Pn.Anim teringat pada kejadian yang berlaku dahulu. Disebabkan kemalangan yang berlaku,Pn. Anim disahkan tidak boleh mengandung namun kehadiran Ain di dalam rahim membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. Setiap perkara yang berlaku akan terjadi di atas kehendaknya. Terduduk En.Firdaus apabila dikhabarkan isterinya mengandung. Menitis air mata kesyukuran dari tubir matanya.
“Mana beg umi dengan abah?,”soal Ain memecahkan lamunan Pn. Anim.
“Oh,lupa pulak umi nak bagitahu. Umi dan abah menumpang di rumah mak long dekat Gombak. Lagipun dah lama umi tak jenguk maklong kamu tu,dah membebel dah dia..,”ujar Pn.Anim.
“Jadi,umi dengan abah tak tidur sinila? Baru ingat nak berbuka puasa dengan umi dan abah,”ujar Ain hampa.
“Tak sayang,nanti Ain datanglah tidur rumah maklong,boleh kita berkumpul ramai-ramai..Ain marilah berbuka sekali dengan umi dan abah kat rumah mak long…”,cadang Pn. Anim.
“Mmm….macam tu, esokla Ain datang rumah mak long ye? Ain dah janji nak teman Nisa berbuka hari ini…Ain tak nak mungkir janji, umi…”,kata Ain.
“Baiklah, umi tak kisah, janji esok kite berbuka sama-sama..Tapi Ain,tujuan umi dan abah datang ni ada hal lain yang perlu dibincangkan,”ujar Pn.Anim lagi.
“InsyaAllah..hal?Hal apa,umi?,”soal Ain.
“Ada pihak masuk merisik Ain..,”kata Pn.Anim perlahan.Terpaku sebentar Ain di tempat duduknya.
“Masuk merisik Ain?,”ulang Ain lagi bagi mendapatkan kepastian.
“Ya nak..nama dia Luqman.Mak dia kenalan lama umi kamu.Dia belajar di UKM dalam jurusan undang-undang,”jelas En.Firdaus kepada Ain.
“Luqman?,”hati Ain terdetik.’Apakah..Ah,tak mungkin Luqman itu,terlalu kebetulan. Mana mungkin dia Luqman yang pernah mengetuk pintu hatiku dulu.Luqman itu hanya untuk Farah Nadiah. Dan takkan mungkin ada sesuatu yang terlalu kebetulan di dunia ini.’detik hati kecil Ain.Tetapi,betapa Nurul Ain telah terlupa bahawa kuasa Allah s.w.t tetap mengatasi segalanya.Walau perkara tersebut tidak akan pernah tercapai dek akal manusia.
“Apa pendapat Ain,nak?”soal Pn.Anim memecahkan lamunan Ain.
“Boleh umi dan abah bagi Ain masa untuk fikir? Ain perlukan waktu..,”ujar Ain perlahan.
“Boleh Ain..Abah dan umi takkan pernah memaksa Ain dalam menentukan hala tuju kehidupan Ain.Itu hak Ain,nak..Buat solat istikharah,minta petunjuk Allah s.w.t,”ujar En.Firdaus lembut.
Ain mengangguk lemah lantas dihadiahkan seukir senyuman buat bonda dan ayahanda tersayang. Seusai berborak lama,Ain menghantar mereka pulang ke Gombak.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Seusai melakukan solat istikharah,Ain membuat satu keputusan lantas telefon bimbitnya dicapai dan Ain mendail nombor,
“Assalamualaikum umi..,”ujar Ain lembut.
“Waalaikumsalam sayang..,”kedengaran suara Pn.Anim dari corong telefon.
“Umi tak tidur lagi?Maaf kalau Ain menganggu,”ujar Ain.
“Tak,Ain tak menganggu..kenapa nak?”soal Pn.Anim kehairanan. ‘Suara anaknya seperti tertekan. Apakah perkhabaran soal peminangan tadi membuatkan anaknya resah?;’hati tuanya bergolak.
“Ain dah buat keputusan. Ain terima lamaran tu..”ujar Ain perlahan.
“Ha?Alhamdulillah...terima kasih nak..Ambil berkat bulan ramadhan yang mulia ni…InsyaAllah Ain akan bertemu kebahagiaan,sayang..”ujar Pn.Anim keriangan.
“InsyaAllah..”balas Ain lagi sambil matanya dipejamkan.’Ya Allah,moga ku tak salah membuat pilihan’.Bisik hati kecil Ain.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Erm..Assalamualaikum,”ujar Luqman dari corong telefon.
“Waalaikumsalam,”balas suara dari pemanggil yang disana.
“Anti Nurul Ain?”soal Luqman lagi.
“Na’am,anta siapa?”balas gadis tersebut.
“Ana Luqman...”ujar Luqman perlahan.
Gadis tersebut terdiam seketika.
“Anta Luqman?Ya,ana kenal..”balas gadis tersebut pula.
“Em..ana dapat nombor anti dari ibu ana.Kalau tak keberatan,boleh tak kita jumpa sebentar untuk berbincang?”soal Luqman lagi.
“Em....boleh..”
“Macam tu kita jumpa di Big’s Apple di Jusco Wangsa Maju esok pukul 8 malam.Lepas waktu berbuka..Boleh?”ujar Luqman.
“InsyaAllah boleh.Jumpa esok,Assalamualaikum,”gadis tersebut mengakhiri perbualan.
“Waalaikumsalam ya ukhti,”balas Luqman pula.Berdebar rasa hatinya apabila berbual dengan gadis tersebut walau hanya untuk seketika di corong telefon.Perkhabaran ibunya,Pn.Elina yang ingin menjodohkannya dengan gadis yang bernama Ain itu membuatkannya terkesima.Yalah,pada usianya yang masih mentah sudah ditentukan jodoh oleh orang tuanya.Namun ditenangkan hatinya dan menerimanya sebagai takdir yang ditentukan Allah s.w.t. ‘Ku pasti ada hikmahnya di sebalik kejadian yang berlaku ini,’ujar hati kecil Luqman.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Restoran ni ke?”soal Nisa.
“Kalau tak salah Ain lah..”balas Ain.
“Jum kita masuk,”ujar Nisa sambil menarik tangan sahabatnya.Tidak sabar rasanya mahu melihat wajah bakal suami Ain.Sungguh,pertama kali Ain menyampaikan perkhabaran mahu bernikah,hampir terjelopok dia dari kerusi.Dia tidak pernah menyangka sahabatnya itu akan menamatkan zaman bujangnya sebegini awal.Namun,dia gembira untuk sahabatnya itu.Kegembiraan Ain ibaat kegembirannya juga.
“Assalamualaikum,”ujar Ain dan Nisa hamper serentak.
“Waalaikumsalam,”jawab kedua-dua pemuda tersebut sambil mendongakkan kepala mereka.
“Ain??”ujar Luqman dan Faizal terkejut.Ain juga berkeadaan yang sama.Bagai hendak luruh jantungnya melihat gerangan insan yang paling ingin dihindari.Ain merasakan kakinya seperti terpacak dan tidak dapat bergerak.
“Luqman..”tutur Ain perlahan.
“Anti bakal suri ana?”soal Luqman pula sambil cuba mengawal gemuruhnya.
“Salam pertemuan,ana Nurul Ain dan ini sahabat ana,Khairunnisa,”ujar Ain.
“Salam pertemuan juga,ana Luqman dan ini Faizal,sahabat ana,”ujar Luqman.
“Jemput duduk,”ujar Faizal pula sambil mempersilakan kedua orang gadis tersebut duduk.
“Syukran,”ujar Nisa.Lantas ditarik tangan Ain yang masih kelihatan terpaku untuk duduk bersamanya.
“Maaf,ana membawa sahabat ana kerana ana rasa tak molek jika berjumpa berdua sahaja.Kerana dalam situasi tersebut pastinya akan ada pihak yang ketiga yakni syaitan laknatullah,”ujar Ain lagi.
“Nampaknya pemikiran kita sama,”ujar Luqman pula sambil memandang kearah sahabatnya,Faizal seraya tersenyum.
“Tapi,sebelum kita memulakan perbincangan.Ana benar-benar minta maaf.Ana betul-betul tak tahu yang antalah jodoh yang dikhabarkan umi ana.Kalau ana tahu dari awal bahawa antalah jodoh itu,pasti ana akan menolaknya,”ujar Ain.
“Tolak?Kenapa anti nak buat demikian?”soal Luqman terkejut.
“Sebab ana tahu,cinta anta hanya untuk Farah Nadiah.Ana masih ingat lagi peristiwa dulu.Sungguh,bukan niat ana untuk merampas tempat Farah Nadiah dalam hati anta,”jelas Ain lagi.
“Nurul Ain,rupanya anti masih ingat kejadian dulu..mm...Dengar sini Nurul Ain, setiap patah kata ana.Akan ana perjelaskan satu persatu.Anti pernah meluahkan perasaan pada ana suatu ketika dahulu.Sungguh,ana tak selesa di atas perbuatan anti.Ana kecewa kerana sebelum ini ana menyanjung pekerti anti di sekolah.Antilah satu-satunya gadis yang tidak pernah berbual dengan lelaki bagi hal yang tidak perlu.Anti palingkan muka anti dari melihat lelaki ajnabi.Anti kawal pertuturan anti di dalam perbualan.Ana terpesona.Tapi segala-galanya hancur apabila anti meluahkan perasaan pada ana.Suatu perbuatan yang tidak pernah ana sangkakan dari seorang wanita muslimah.Jadi ana gunakan alasan tentang Farah Nadiah untuk anti berputus asa dan kembali menjadi Nurul Ain yang ana sanjungi.Takdir Allah s.w.t kembali menemukan kita kini.Ana pun sama sekali tidak menyangka bahawa antilah jodoh ana yang ditentukan Allah s.w.t.Destinasi cinta yang ana cari telah bertemu pelabuhannya,moga antilah peneman ana dalam perjuangan mencari keredhaan Allah s.w.t.Moga ramadhan ini membawa seribu erti bagi kita berdua.,”jelas Luqman .
“Ana..ana..”ujar Ain tergagap-gapap.Tubir matanya sudah dipenuhi embun jernih.’Ya Allah,syukran...aku bersyukur Ya Allah..kau tentukan jodohku dengan seorang lelaki yang soleh,terima kasih Ya Allah..”bisik hati kecil Ain.Faizal dan Nisa yang sedari tadi melihat mula memahami lantas mengukir senyuman kecil.
“Andai antilah jodoh ana,ana bersyukur.Ana harap anti ikhlas mencintai ana kerana Allah s.w.t.”ujar Luqman lagi sambil mengukir senyuman.
“Dan ana harap anta akan membimbing ana ke jalan yang diredhai Allah s.w.t..”ujar Ain.
“InsyaAllah,”balas Luqman sambil mengukir senyuman.’Ya Allah,moga gadis inilah bidadariku di syurga kelak’bisik hati kecil Luqman sambil dipanjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
‘Isy,manalah pula Faizal ni.Janji nak teman pergi cari barang hantaran,’rungut Luqman perlahan.Lantas langkah di atur menuju kearah sebuah kedai menjual jam tangan bagi menunggu sahabatnya.
“Erm...U Luqman right?”kedengaran suara lembut menyapa Luqman dari belakang.Lantas Luqman memaling kepalanya untuk melihat gerangan yang menyapanya.Alangkah terkejutnya Luqman apabila melihat sesusuk tubuh yang berada di hadapannya.’Farah Nadiah!Tapi,benarkah ini dia?Dengan pakaian yang seksi..astaghfirullah..,’ujar hati kecil Luqman lantas dipalingkan wajahnya kearah lain.
“Assalamualaikum,Ya,ana Luqman,”ujar Luqman perlahan.
“Haha,so its really u!Our school head prefect..tak kenal I ke?Farah..,”lantas dihulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Ana kenal..,”balas Luqman perlahan sambil menolak huluran persalaman tersebut dengan isyarat tangan.
“So,jum pekena kopi kat kopitiam sana tu?”pelawa Farah lagi.
“Anti tak puasa?”soal Luqman terkejut.
“Puasa?It’s lame…u ni…sekarang ni dah abad keberapa…nobody cares about that nowadays..”,ujar Farah selamba.
“Astaghfirullahalazim….,”hampir luruh jantung Luqman mendengarkan kalimah bicara tersebut dari seorang yang bergelar muslim.
“Mmm..kalau u tak nak,kita boleh lepak kt situ,”ujar Farah sambil menunding kearah meja dan kerusi kosong berdekatan situ.
“Err….ujar Luqman tergagap-gagap.Hatinya kuat ingin menolak pelawaan itu namun lantaran kasihan melihat sahabat lamanya itu dia bersetuju,namun dengan syarat supaya menunggu sahabatnya Faizal terlebih dahulu.5 minit kemudian Faizal tiba dan ternyata dia juga terkejut melihat perubahan pada Farah Nadiah.Lantas langkah kaki mereka diatur menuju kearah tempat kosong tersebut.Luqman dan Faizal mengambil tempat duduk yang agak jauh dari Farah.
“Anti Farah Nadiah dari kelas 5B kan?”soal Faizal.
“Yup,i am,”jawab Farah sambil menjeling manja kearah Luqman.Luqman pantas menundukkan kepalanya menghadap meja.
“So,Luqman,I dengar u nak kahwin,”soal Farah.
“Ya,”hanya sepatah jawapan Luqman.
“Bertuah kan perempuan tu...”ujar Farah sambil tangannya memintal hujung rambutnya yang ikal dan keperangan itu.
“Farah,kenapa anti jadi macam ni?”soal Luqman.
“Jadi macam mana?Macam peremuan tak ada maruah?Tu maksud u?,”soal Farah lagi lantas senyumannya mula kendur.
“Bukan macam tu maksud ana..Cuma anti bukan macam Farah Nadiah yang ana kenal,anti dah berubah..”jelas Luqman perlahan.
“Farah Nadiah yang dulu dah lama mati.Dia dah tak ada sejak maruahnya dirampas secara kejam..”ujar Farah sayu.
“Maksud anti?”soal Faizal pula.
“I pernah ditebuk tupai,Luqman.I diperkosa dengan kejam oleh orang yang I percayai sendiri,iaitu pakcik I.Tak ada guna lagi I menjaganya,segala-galanya dah musnah,”ujar Farah lagi.Air matanya sudah mula mengalir.
“Astaghfirullah,”mengucap Faizal dan Luqman mendengarnya.
“Suatu ketika dulu,I juga sama dengan gadis lain yang menyimpan impian ingin disunting lelaki soleh.Tapi sekarang jangankan kata lelaki soleh,bagi free pun I ni orang taknak.I dah tercemar,tak ada lelaki yang nakkan I,lebih baik I jadi GRO macam sekarang ni,lagi bagus,”ujar Farah lagi memekup mukanya.Sungguh hatinya hancur.Kebahagiaan yang dicari selama ini namun penderitaan yang ditemui.
“Ana akan nikahi anti,”suara Luqman memecahkan suasana sayu di meja tersebut.
“Luqman!”ujar Faizal terkejut.Farah mengangkat mukanya menghadap Luqman.Ternyata dia juga terkejut.
“Tapi dengan syarat,anti haruslah meninggalkan dunia syaitan laknatullah itu dan jangan pernah menghampirinya lagi,”ujar Luqman lagi perlahan.
“Awak sanggup nikahi saya?”soal Farah tidak percaya.Seorang lelaki yang soleh menawarkan diri untuk mengahwininya dan membawanya keluar dari neraka itu.
Luqman mengangguk kepalanya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Anta dah hilang akal apa??”soal Faizal di dalam kereta meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
“Gadis tersebut perlu diselamatkan..dah terlalu jauh dia terpesong,”perlahan Luqman menutur kata.
“Macam mana dengan Ain?”soal Faizal lagi.Serentak mendengar nama itu,Luqman memberhentikan kereta yang dipandunya di tepi jalan.
“Dia akan faham..”ujar Luqman tenang.
“Ana tak boleh biarkan anta korbankan diri anta!”ujar Faizal lagi.
“Ana rela berkorban di jalan Allah s.w.t.”ujar Luqman.
“Biar ana yang nikahi Farah,anta tak perlu korbankan masa depan anta,”ujar Faizal tiba-tiba.
“Jangan buat keputusan terburu-buru sahabatku..Anta masih punya banyak tanggungjawab.Anta masih punya ibu dan adik-adik untuk disara.Masih banyak tanggungjawab anta.Biarlah ana yang menanggungnya..,”ujar Luqman tegas.
“Sahabat..moga Allah s.w.t. merahmati pengorbananmu..”menitis air mata Faizal di atas keluhuran peribadi sahabatnya.’Luqman,anta akhiku di dunia,moga anta jugalah akhiku di akhirat kelak..’bisik hati kecil Faizal.Luqman tersenyum hambar.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kenapa anta ajak ana keluar?Apa ada hal lain lagi ke?”soal Ain hairan.Padahal segala persiapan sudah dibincangkan cuma tinggal nak diuruskan sahaja.
Luqman hanya terdiam.Lantas,Faizal disebelah dijelingnya.Faizal menepuk lembut bahu Luqman.
“Teruskanlah Luqman.Yakin pada Allah s.w.t.”bisik Faizal perlahan.Luqman mengangguk perlahan lantas dipalingkan mukanya menghadap kedua gadis dihadapannya.Matanya melekap pada wajah lembut Nurul Ain.
“Ain,semalam ana dan Faizal terjumpa dengan Farah Nadiah.Setelah sekian lama,”dihentikan kata-katanya dan memandang Ain.Gadis itu tenang sahaja.Dia menyambung kata-katanya,
“Dia dah berubah.Tiada lagi hijab yang selama ini dijadikan pelindung seorang muslimah pada dirinya.Pakaiannya tidak lagi menutup aurat..akidahnya sudah jauh terpesong..Islam bukan lagi menjadi kebanggaannya”ujar Luqman lagi.
“Astaghfirullah..”mengucap Ain dan Nisa mendengarnya.
“Pernah berlaku peristiwa aib bagi dirinya lantaran itu dia berubah.Ana menawarkan diri untuk menikahinya.Bagi membawa dia kembali ke pangkal jalan.Bagi mengingatkannya kembali tentang kebesaran Allah..ana harap anti faham..ana terpaksa memutuskan pernikahan kita”jelas Luqman lantas memandang gadis tersebut.Gadis tersebut tetap tenang.Tiada sebarang keruhan di wajahnya.Tiba-tiba gadis itu mengangkat mukanya,segaris senyuman diukir dan berkata,
“Ana faham,dan ana menerima perbuatan anta dengan hati yang redha.Bimbinglah Farah Nadiah.Bawalah dia kejalan yang diredhai Allah s.w.t.Selamatkanlah dia dari kancah kemungkaran.Bantulah dia dengan hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t.Ingatlah,doa ana sentiasa mengiringi perjuangan anta,”ujar Ain perlahan.Ditahan airmatanya agar tidak mengalir.’Tabahlah duhai hati,ingatlah Allah yang maha Esa’rintih hati kecil Ain.Tangan Nisa digenggam erat.Nisa memahaminya lantas dieratkan lagi genggaman tersebut.
‘Ya Allah,lihatlah dua hati yang saling menyintai ikhlas keranamu Ya Allah.Andai jodoh mereka bukan didunia maka pertemukanlah jodoh mereka di syurga kelak ya Allah.Satukanlah hati mereka.Redhailah pengorbanan mereka.Rahmatilah perjuangan mereka.Tabahkanlah hati mereka,’bisik hati kecil Nisa.
Luqman bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Ain memahami keadaannya. ‘Tapi ya Allah,mengapa hati ini masih berat untuk melepaskannya.Mengapa air mata ini masih mahu mengalir?Tabahkan hatiku ya Allah..Ingatknlah aku kembali akan kehebatan syurgamu ya Allah..ingatkanlah...”rintih hati kecil Luqman.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Di lapangan terbang:
“Tolong tengok-kan kedua orang tua Ain ya, Nisa?,”pinta Ain sambil membetulkan kedudukan bagasinya.
“InsyaAllah Ain,jangan lupakan Nisa ya?”ujar Nisa sambil memeluk sahabatnya itu.Ain akan menyambung pengajiannya di Mesir dalam bidang perubatan.
“Sahabatlah segala-galanya buat Ain,takkan mungkin pernah Ain lupa,”ujar Ain pula sambil membalas pelukan sahabatnya.Sejak pernikahannya dibatalkan,Ain membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya sementelah mendapat biasiswa.Sudah dikhabarkan keinginan tersebut kepada kedua orang tuanya di kampung dan mereka merestuinya.
“Selamat tinggal ya ukhti,assalamualaikum,”ujar Ain sayu sambil melangkah masuk ke dalam ruangan perlepasan.
“Waalaikumsalam..”balas Nisa perlahan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kita berhenti solat zohor dulu,”ujar Luqman perlahan.Badannya yang kepenatan minta direhatkan.Mereka baru sahaja pulang butik pakaian untuk menempah baju perkahwinan dan kemudiannya menghantar Faizal yang menemani pulang ke rumah.Farah mengangguk kepalanya perlahan.Lantas Luqman memberhentikan keretanya di Masjid Umar.
Seusai solat,Luqman berdoa kepada Allah s.w.t,
“Ya Allah,berikanlah kembali nur kepada Farah.Gadis itu telah jauh terpesong.Terimalah taubatnya ya Allah..”rintih Luqman.Tiba-tiba,fikirannya teringatkan Nurul Ain.’Entah apa khabar gadis itu kini ya..Ya Allah..sebagai hamba yang lemah,ku akui hati ini masih mengingati seraut wajah itu..masih tercampak rasa kasih buatnya di hati ini ya Allah,Ya Allah,hapuskanlah perasaan ini ya Allah,sungguh pedih di hulu sanubari ini tatkala teringatkannya kembali,bantulah ku Ya Allah,tabahkan hati ini..’rintih hati Luqman.Dipejamkan matanya.Tanpa sedar,air matanya mengalir membasahi pipi.Farah yang ketika itu sudah selesai solat melewati kawasan tempat solat lelaki untuk menuju ke kereta terlihat Luqman yang ketika itu sedang khusyuk berdoa.Air jernih yang mengalir di pipi lelaki membuatkannya tersentak.
“Ya Allah,Luqman menangis..,”bisik hati kecil Farah.Dipercepatkan langkahnya menuju kearah kereta,namun fikirannya bercelaru.’Luqman menangis mungkinkah gara-gara kerana terpaksa menikahiku?Tapi dia tidak pernah mengucapkan begitu.Dia sentiasa tersenyum kepadaku.Dia sentiasa sabar dalam mengajarkanku kembali tentang islam.Al-Quran yang telah sekian lama kutinggalkan dihulurkan kembali kepadaku oleh jejaka itu.Aku ibarat kanak-kanak yang baru belajar mengaji dan tentang dunia islam namun Luqman tetap menghulurkan bantuan.Dengan sabar dia mengajarkanku kembali akan kalimah-kalimah suci Allah s.w.t yang selama ini ku abaikan.Hijab yang dulunya ku tanggalkan kini kembali menutupi ubunku.Aurat yang ku dedhkan selama ini kembali ku tutup.Ya Allah,dia lelaki yang baik.Dan kini,aku melihatnya menangis tatkala berhadapan dengan mu ya Allah,aku merasa seperti aku telah merampas kebahagiaannya.Ampunkanlah aku ya Allah,ampunkan aku..akan ku betulkan keadaan ini,itu janjiku..”lirih Farah perlahan.Airmatanya mengalir membasahi pipi.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assalamualaikum,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta agar Luqman membatalkan majlis pernikahan kita.Ketika surat ini sampai ke tangan Luqman,saya sudah berada jauh dari bumi Malaysia ini.Luqman,awak lelaki yang paling baik yang pernah saya jumpa.Awak kenalkan kembali dunia islam kepada saya.Awak rela menikahi saya walau awak tahu saya tak suci lagi.Awak rela kehilangan gadis yang awak sayangi semata-mata agar dapat membantu saya kembali ke landasan yang betul.Tapi saya tak dapat menerimanya.Kebahagiaan awak bukan bersama saya.Saya rela terima kenyataan itu.Awak jangan risau,insyaAllah saya tidak akan kembali ke jalan kemungkaran dulu.Saya akan menyambung pengajian saya yang terkandas dahulu.Setelah saya memegang segulung ijazah,saya akan berjumpa dengan awak sebagai sahabat.Kesilapan dulu sudah banyak mengajar saya.Walau saya dilanda kesusahan atau penderitaan,saya akan tetap mengingati Allah s.w.t..Moga awak juga bertemu kebahagiaan awak..
p/s:nanti kahwin jemput saya tau^^~
ukhuwah fillah,salam persahabatan.”-Farah Nadiah
Selesai membaca surat dari Farah,Luqman memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana Farah sudah sudah kembali kejalan Allah s.w.t.Lantas diaur langkahnya ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat isyak.Seusai solat isyak,dia pantas menggapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Ain tanpa mengetahui bahawa gadis itu tidak lagi berada di Malaysia.Ketika jarinya mula hendak mendail nombor tersebut,Luqman terhenti.Pandangannya kembali terarah kepada sejadah yang terhampar di atas lantai.Lantas diletakkan kembali telefon bimbit tersebut tanpa meneruskan tujuannya untuk menghubungi Ain.Luqman mengatur langkahnya menuju kearah sejadah tersebut lantas naskhah Yassin dicapai dan dibaca.Seusai membaca,Luqman menadah tangan dan berdoa,
“Ya Allah,telah banyak yang aku lalui,hingga pernah resah jiwa ini.Hingga pernah gelisah hati ini.Cinta dunia pernah merantai hati.Jika dulu telah KAU izinkan aku merasai kehangatan kasih dalam alpa.Jika dulu KAU benarkan aku menikmati rindu adam kepada hawa.Jika dulu KAU biarkan aku di dalam bahagia yang sementara.Tapi..cukuplah wahai Tuhanku...Kerana di sebalik semua itu..Aku pernah kehilangan cintaMu.Pernah gersang jiwaku.Pernah tandus imanku.Derita itu merobek ketenanganku.Hatiku yang telah retak semakin retak..Solatku tiada lagi khusyuknya.Rukukku tiada lagi ikhlasnya.Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana.Tahajudku sudah tiada serinya.Imanku longlai untuk berkata-kata..cukuplah ya Allah,kurniakan aku sekeping hati yang kuat agar ia terus hidup di dalam cintaMu selamanya..”rintih Luqman di dalam doanya.Sudah cukuplah soal dunia merantai hatinya.Sudah tiba masa dia kembali pada cinta yang abadi dan hakiki yakni cinta Allah s.w.t.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
3 TAHUN KEMUDIAN
“Ah,pada cuaca panas begini,alangkah nikmatnya andai dapat merasa ashir ashab yang sejuk..”keluh Luqman perlahan.Ashir ashab merupakan air tebu yang juga merupakan minuman kegemaran masyarakat Mesir pada musim panas.Lantas,langkahnya di atur menuju kearah metro yang juga merupakan kenderaan rata-rata penduduk Mesir. Telah 2 tahun Luqman dan Faizal berada di bumi Mesir ini.Mereka mendapat tawaran bekerja dari salah satu firma guaman di Mesir lansung terus diterima tawaran itu.Memang sudah lama mereka menyimpan keinginan untuk berhijrah ke Mesir dan kedua orang tua mereka juga merestui.Tiba-tiba,telefon bimbit Luqman berbunyi,
“Salam ya akhi,nak minta tolong sikit boleh?”kedengaran suara Faizal dari corong telefon.
“Waalaikumsalam warahmatullah..boleh...tolong apa?”soal Luqman pula.
“Tolong belikan ashir ashab di gerai berdekatan.Simpanan di rumah sudah habis,nanti ana bayar balik,”ujar Faizal.
“Tak perlu anta bayar balik.Simpan wang tu untuk anta kirimkan pada keluarga di Malaysia,”ujar Luqman.
“Syukran ya akhi,”ujar Faizal.
“Afwan..”balas Luqman lantas mematikan talian.Lantas,sejurus turun dari metro,Luqman berlari anak menuju kearah gerai yang menjual ashir ashab.
“Assalamualaikum ya sayyid,ana uridu ashir ashab(salam pakcik,ana perlukan ashir ashab),”ujar Luqman kepada jurujual tersebut.
“Asif,uridu awwalan(maaf,ana minta dahulu),”kedengaran suara dari arah yang bertentangan dengan Luqman.
“Laba’sa(maaf,ana tak perasan),”ujar Luqman pantas. “Faddhal(tak apa),”ujar suara gadis tersebut.
“Ain??”ujar Luqman terkejut.
“Luqman,apa yang anta buat disini??”Ain pula yang kelihatan terkejut.
“Ana bekerja disini,anti?”soal Luqman.
“Ana belajar di sini,di Cairo University,dalam medic,sekarang tahun akhir ana disini,”ujar Ain. Luqman mengangguk kepalanya tanda mengerti.
“Datang dengan isteri?”soal Ain gemuruh..Sungguh!Pertemuannya dengan Luqman kembali lansung tidak terduga.
“Ana belum berkahwin,jodoh kami tak kesampaian,”ujar Luqman perlahan.Lantas kepalanya didongakkan menghadap Ain.Gadis itu kini berada di hadapannya.Takdir menemukan mereka kembali.Luqman tersenyum.Begitu juga Ain.Kini mereka mula faham akan aturan Tuhan.
Peristiwa yang berlaku sepanjang ramadhan dalam hidup mereka akhirnya membawa kepada sebuah takdir yang tak pernah terjangkau dek fikiran. Namun di bulan yang mulia tersebut, pelbagai kemerdekaan yang mampu mereka kecapi. Di bulan tersebut, Ain kembali menyintai yang selayaknya dicintai,di bulan mulia tersebut juga, Ain dan Luqman dipertemukan kembali dan Atas takdir Yang Maha Esa, Farah kembali menyintai islam dan memerdekakan dirinya dari hasutan nafsu. Itulah takdir ramadhan.
Selang 3 bulan selepas itu,pada bulan ramadhan, datanglah khabar dari bumi arab itu ke Malaysia.Perkhabaran gembira tentang berita perkahwinan Luqman Hakim bin Mohd Izzuan dan Nurul Ain binti Mohd.Firdaus.Sungguh,takdir Allah s.w.t.itu tidak akan pernah tercapai dek akal manusia.Hanya dialah yang menentukan dan hanya dialah yang mengetahui.Yang tentu,janjinya adalah pasti.
Ramadhan membawa segenap erti bagi setiap muslimin dan muslimat. Ianya bulan di mana Al-Quran diturunkan, Kota Mekah dibebaskan, pembebasan Andalus dan Pembebasan Palestin. Namun ianya juga sebenarnya adalah bulan di mana umat islam kembali memuhasabah diri. Kembali menyintai yang selayaknya dicintai.
Tinta penulis:Dengarlah sahabatku para muslimah sekalian,Allah s.w.t memujukmu..AtToyyibat littoyibin,ANNUR:26,”Wanita baik dijanjikan untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai Allah s.w.t,insyaAllah si dia turut di jalan yang sama.Lupakan segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta hakiki,nescaya lelaki soleh turut kau miliki.Senyumlah pada sinar yang menantimu dihadapan..wassalam..
nice story..(^_^)
ReplyDelete