2 minggu lagi akan berangkat pulang ke tanah air...seronok ada sedih pun ada.....jadual penerbangan telah diberikan....menanti masa untuk berangkat sahaja...dalam sibuk2 menghitung masa penerbang tetiba dikejutkan dgn e-mail tentang penerbang dari seorang kawan....
Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat
- Penerbangan ke sebuah negara.
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi
- Melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
- Al-Jenazah.
Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi
- Amalan yg tiada caj lebihan berat.
Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi
- Kain putih.
Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi
- Kapur barus.
Dimana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
- Al-Islam.
Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
- 'Lailahailallah'.
Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
- Izrail dan lain-lain.
Dimana dalamnya bukan lagi 1st, business atau economy class, tetapi
- hanya sekadar keranda kayu yg diukirkan.
Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi
- Tanah perkuburan.
Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi
- bilik 7 kaki dalam & gelita.
Dimana pegawai imegresen adalah
- Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan.
Dimana tidak perlu
- Pegawai kastam dan alat pengesan.
Dimana lapangan terbang transit adalah
- Al-Barzakh.
Dimana destinasi terakhir samada
- Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
- Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
Penerbangan ini tidak akan
- hijack atau dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sajian tidak akan
- Disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haramnya.
Jangan risaukan delays
- penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pd masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dlm penerbangan
- Kerana anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan
- Ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.
Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
- Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa
- 'AMARAN'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk
- PENERBANGAN
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
FIKIR-FIKIRKAN!!