Thursday, April 14, 2011

Bukan Hatinya Tidak Pernah Sedih


Hati manusia .walau sekeras mana pun pasti akan lembut.Tapi semua itu di atas kehendak yang Berkuasa..Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak.Baginya,menangis itu menunjukkan kelemahan.Walaupun hatinya terdeetik ,"Ya ALLAH ,,apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali kepada seorang teman yang amat dia percaya.Baginya,biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung.Atas sebab apa??Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa ,tingkah laku ,cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.

Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu.Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi .Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus.Semua orang yang mengenalinya tahu bahawa dia seorang yang sabar ,kuat dan jarang menunjukkan kemarahan dan kelemahan di hadapan sesiapa.Tpai hati manusia yang bergelar wanita ini tiada siapa yang tahuatau cuba diselongkari.Dia terkenal di sekolah antara pelajar yang agak nakal ,bukan dari segi disiplin tapi nakal dari segi tingkah laku ,suka kacau orang ,suka gegarkan kelas ,suka buat orang ketawa malah suka buat orang sakitkan hati orang.Tapi itu cuma sementara untuk menutup kelemahan yang ada.Baginya teman disekolah dan disisi adalah tidak sama.Di sekolah tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati..Kenapa ??

Kerana dia bukannya tidak pernah sedih..Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari.Sehinggakan setiap malam merintih padaNYA memohon kemaafandan keampunan atas dosa yang telah dilakukan.Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek.Ata gaya jalan seperti lelaki sehinggakan ada giru yang berkata ,"Brutal dia ini".Tapi apakan daya ,cara jalan dia memang sebegitu.Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.Biarlah orang berkata apa yang mereka suka sebab mereka ada hak untuk berkata-kata.Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari.Dia tidak pernah kenal apa iti cinta manusia ,dan dia hanya mencari cinta ilahi.Itulah yang perlu di cari untuk perjalanan akhirat nanti..tapi janji ALLAH itu pasti.Dia juga masih ingin mengenal kasih sayangkerana dia seorang wanita..Dalam hidupnya penuh duka walaupun dimata temannya dia seorang yang ceria.

Pernah suati ketika hatinya hancur dek kehilangan insan yang amat disayangi.Insan bernama ayah yang amat penyayang lagi bertanggungjawab.Walaupun waktu kecil dahulu dia sering dirotan ,dicili akibat kenakalannya.Dan tahun ini genap tiga tahun pemergian insan yang tersayang..Terlalu pantas masa itu berlalu.Masih berkesempatan untuk dia menjenguk ke daerah pusara ayahandanya..Tahun ini juga sudah empat kali dia tidak dapat mencium tangan dan dahi ,mendakap mesra ayahnya..Masuh dirindui gelak dan suaranya walaupun ketika itu ayahnya sedang sakit.

Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya..Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu ,sahabat-sahabat yang turut sama mengikut program ,adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya.Namun,dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur ,ludah yang diterima.Nilai persahabatan yang duhulurkan tapi keegoan ,kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.Sehinggakan sampai suatu masa ,dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua.Ata alasan apa ?? "Biarlah aku sendirian kerna mereka lebih suka aku pergi "..Tapi kini dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri.Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu.Apakan daya kudratnya hanya tinggal sisa.Sisa yang tinggal sementara untuk menanti alam sana.Atas sebab apa dia sedemikian rupa?

Rupanya kasih yang ingin dicurahkan ,ukhuwah yang ingin disemaikan di salah tafsir.Malahan dakwah yang diketengahkan ,nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan manusia.Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.."Andai sekali ini nasihatku tidak diperlukan lagi ,aku redha ya ALLAH..Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna ,maka aku redha.."

No comments:

Post a Comment