AMRAN ,43 ,seorang usahawan berjaya dan boleh digelar jutawan berdasarkan hartanah dan rangkaian perniagaanya .Dia berkahwin dengan Amirah ,40 ,kira-kira 15 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata ,semuanya lelaki yang masih bersekolah. Namun takdir Allah tiada saipa yang dapat menolaknya .Amirah meninggal dunia kerana barah serviks .
Dalam keadaan murung dan sedih kerana kehilangan isteri tercinta ,Amran terus membangunkan perniagannya sehingga memiliki beberapa bidang tanah di Lembah Klang dan beberapa premis perniagaan di ibu Negara .Dia juga seorang yang pemurah dab kerap menderma kepada anak yatim ,madrasah dan surau .Apa pun hidupmya terus diulit kesepian walaupun ramai wanita jelita cuba mendekatinya dan menawarkan diri menjadi ister barunya .
Sekali lagi takdir tidak dapat dielakkan .Akhirnya dia berkahwin juga ketika berusia 46 tahun .Gadis pilihannya ,Yanti ,kira-kira 22 tahun lebih muda yang cukup manja dan jelita .Pada awal perkahwinan Amran cukup cinta dan saying .Apa pun ,susah atau senang ,bahagia atau merana ,tiada siapa yang tahu .Orang tuanya di kampung dan adik beradiknya ,termasuk dua yang tinggal di Kuala Lumpur juga tidak bersikap menjaga tepi kain orang .
Tiga tahun selepas berkahwin ,tanpa dikurniakan anak ,Amran pula meninggal dunia kerana pelbagai penyakit kronik setelah sebulan terlantar di hospital .Dipendekkan cerita ,semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu banglonya di Gombak, sementara menunggu untuk diuruskan seperti mandi ,kapan ,sembahyang dan dikebumikan oleh saudara mara dan jiran tetangga ,isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazah suaminya sambil merungut-rungut .
Kakak Yanti turut berasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu , lantas beliau melarang adiknya dari berbuat demikian sambil bertanyakan sebab-sebanya .Saya yang masih berada di situ amat terkejut apabila mendengarkan jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu .
Antara jawapannya ialah ; Suaminya tidak sempat membuat surat wasiat (yang sebenarnya memang ada ) .Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya .Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat bersama-sama adiknya kepada beliau .Itulah yang menyebabkan Yanti menangis dan kecewa kerana harapnnya untuk mengaut harta Allahyarham suaminya tidak kesampaian .
Lima hari selepas dikebumikan ,peguam Allahyarham memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat Allahyarham ialah ; Satu pertiga saham perniagannya diserahkan kepada adik-adiknya yang juga ahli perniagaan ,satu pertiga lagi lagi kepada anak-anaknya dan bakinya kepada ibu bapanya sebagai pemegang amanah .
Tanah seluas lima hektar di Bangi ,Selangor dibahagikan sama rata kepada anak-anaknya, begitu juga dengan premis perniagannya .Disebabkan belum cukup usia ,Amanah Raya dijadikan pemegang amanah sebelum diuruskan mengikut hokum syarak .Banglonya diserahkan kepada kakak manakala sebahagian wang tunai disalurkan kepada pembantu rumah kerana membalas jasanya .
Harta-hartanya yang lain iaitu tiga buah kereta mewah diberikan kepada tiga adik lelakinya dan manakal baki tanah 10 hektar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakak Allahyarham .
Setelah selesai wasiat dibaca ,Yanti melenting krana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya kecuali subuah kereta Honda Civic dan rumah pangsa dua bilik di Hulu Klang yang tidak dimasukkan di dalam wasiat tersebut .Belum sempat isterinya terus membantah ,peguam Allahyarham membacakan satu lagi surat wasiat mengenai isterinya ,Yanti .Antara kandungan wasiat itu ialah ;
‘’Aku ,Amran tidak akan berikan apa-apa harta kepada isteriku ,(Yanti) kecuali pengampunan daripada seorang suami .Terlalu banyak dosanya terhadapku .Jiwaku tertekan dan merana sejak tiga tahun berkahwin dengannya .Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga .Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan .Tiada belas kasihan Yanti terhadap aku, baik semasa aku sihat apa lagi sdewaktu aku sakit .
Selama aku terlantar di hospital ,hanya sekali dia menjengukku .Herdik ,tengking dan sindiran terhadapku dan anak-anak adalah lumrah .Keluar rumah tidak pernah meminta izin .Makan dan minumku dan anak-anak adalah tanggungjawab orang gaji .Bukan sahaja makan minimku malah pakaianku juga tidak pernah diuruskannya dan yang paling menyedihkan ,Yanti tidak mahu mendengar nasihat dan pandanganku untuk kesejahteraan rumah tangga .Dia suka berfoya-foya bersama dengan rakan-rakan sebayanya .Ajak ke Tanah Suci pun dia tidak mahu.Layanan di kamar tidur pula hanya apabila aku minta .Itupun diantara sudi dan tidak .
“Kebahagian aku selama ini hanya dengan amalanku ,tugas sehariaku ,anak-anakku dan adik-beradikku ,terutama kakakku yang sulung .Hidupku memang tidak bahagia bersama Yanti .Pengampunan adalah hadiah terbaik untuk isteriku .Semoga dia segera bertaubat .” Demikianlah antara isi kandungan wasiat itu .
Saya teringat sepotong hadis Rasulillah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Kebanyakan ahli neraka terdiri daripada kaum wanita .Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka : “Mengapa terjadi sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab. “Tidak ,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.’’
P/S :Wahai kaum Hawa ,marilah kita sama-sama renungi untuk dijadikan iktibar .Semoga dengan apa yang terjadi di atas akan mewujudkan kesedaran dalam diri selain suatu pengajaran dan teladan yang berguna kepada setiap wanita yang bergelar isteri dan kepada kita semua sebagai umat islam .
Sumber :MAJALAH ANIQAH ruangan Sembang Lelaki..