Alhamdulillah,,bersyukur kita ke hadrat ILAHI kerana dengan rahmat dan inayahnya kita masih lagi dapat bersama-sama bernafas d bumi ini..semoga dengan ketibaan tahun baru menjadi titik permulaan bagi kita selangkah menuju ke arah kebaikan..insyaALLAH ,,ameen..
Di sini ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang satu program yang telah ana sertai di masjid negara pada 31/12/2010 hingga 1/01/2011 ..program ini adalah di bawah kelolaan Raudhatus Sakinah bersama-sama badan NGO yg lain seperti Masjid Negara ,Jawi ,Ikram dan beberapa lagi badan lain..program ini dinamakan 1000 jiwa 1 hati adalah bertujuan mengumpul para remaja untuk mengatakan tidak kepada zina kepada dunia!program ini adalah pengisian untuk mendidik minda dan jiwa para remaja..Selain memberi kesedaran terhadap bahayanya zina ianya juga untuk menggalakkan para remaja dalam menyambut tahun baru dengan cara yang lebih sihat dan sepenuhnya menerapkan unsur-unsur islam..Alhamdulillah,,program ini mendapat sambutan yang hangat dlm kalangan remaja kita..
Dalam program ini juga,,kami telah mendengar dan melihat ABJZ TALK SHOW yang dipengerusikan oleh Wardina Safiyyah dan Umi Ros serta Prof Har (Harlina Siraj ) yang menyampaikan talk yang berkaitan dengan zina..sudah kita ketahui bahawa zina di kalangan remaja hari ini sudah menjadi perkara biasa di Malaysia..jadi pihak pengurusan berharap yang suatu hari nanti kita dapat mengubah fenomena yang tidak sihat ini selaras dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Selain itu,,kami juga turut sebak apabila mendengar ucapan Prof Har yang berharap dapat mengambil alih KONSERT yang melalaikan di DATARAN MERDEKA suatu hari nanti..InsyaALLAH ,,ameen.. ia seakan menggambarkan sudah cukup bangsa Melayu rosak dah jauh terpesong dari ajaran islam yang sebenar..
Kami juga telah dikejutkan dengan kehadiran Maher Zain di Dewan Muktamar Pusat Islam sebelum ABJZ TALK SHOW! Semua peserta serta fasilitator yang berada dalam program itu terkejut..Sungguh tidak di sangka yang Raudhatus Sakinah sanggup menjemput Maher Zain untuk bersama-sama kami di dalam dewan itu walaupun sekejap cuma..Selain itu ,ABJZ TALK SHOW juga di selang selikan dengan persembahan dari artis nasyid ,iaitu dari kumpulan SAFF ONE dan Ibu Aisyah ..ini menunjukkan bahawa islam tidak melarang umatnya untuk berhibur selagi tidak berlebihan dan melanggar syariat islam..Selain itu,,kami juga berqiamullail bersama-sama dengan Imam Muda Azhar..
Program ini juga mengajar kami bagaimana untuk menangani zina..bermulanya zina adalah dari berpegangan tangan,berpelukan,bercium dan seterusnya berzina..bagi golongan remaja perempuan dan wanita ,say No to berpegang tangan kerana ianya adalah permulaan untuk kita menderita and say YES to Harga diri dan maruah kita..Saat lelaki yang bukan mahram menyentuh kita walaupun sekadar pegang tangan,mereka sebenarnya telah menghina kita..telah ALLAH S.W.T janjikan kepada kita bahawa wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula ) .manakala wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula )..surah an-nur ayat 26..
Sesungguhnya program ini banyak mendidik dan memberi faedah kepada kami..Carilah cinta yang suci iaitu cinta kepada ALLAH ..andai kita telah tersasar jauh dariNYA,,mintalah pengampunan daripadaNYA..insyaALLAH,,ALLAH itu maha penyayang dan pengampun.Sebesar-besar dosa ialah apabila manusia itu merasa berdosa dengan dosa yang dilakukannya..bab kata Prof Har `Love yourself first before love others` ..
Semoga program ini mendapat berkat..insyaALLAH..berharap ada lagi organisasi-organisasi yang akan mengadakan program sebegini khususnya untuk para remaja.Semoga dengan program yang sebegini kita dapat mengurangkan masalah sosial yang melanda remaja-remaja kita hari ini..`jika mahu melihat kemajuan sesebuah negara itu lihatlah remajanya pada hari ini`..
p/s :Program ini tidak mengenakan apa-apa bayaran..semoga mendapat berkat dan keredhaan ALLAH S.W.T..insyaALLAH bolehlar melayari website ini untuk mengetahui tentang aktiviti-aktiviti seterusnya tentang ANDA BIJAK JAUHI ZINA..http://www.raudhatussakinah.com/ dan http://www.facebook.com/group.php?gid=284828533182
Ya,,kami bijak jauhi ZINA..
No comments:
Post a Comment